Tuesday, July 16, 2013

Servis "Maybank2U Pay" Untuk Jual Produk Secara Online


Maybank2u Pay adalah perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Maybank untuk memberi pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih lancer dan dipercayai. Maybank2u Pay bertujuan untuk mengubah cara kita menjalankan perniagaan online dan juga menyediakan pelanggan dengan pengalaman selesa apabila membeli-belah dengan kami.


Dengan Maybank2u Pay, anda kini mempunyai cara yang cepat dan mudah untuk membayar bagi setiap pembelian anda. Tidak lagi perlu memasukkan nombor akaun untuk memindahkan wang ke dalam akaun kami. Hanya beritahu kami apa barangan yang anda berminat dan klik logo seperti di atas. Cubalah perkhidmatan ini apabila anda membeli-belah dengan kami di sini dan alami pembayaran yang telah dipermudahkan oleh satu-satunya bank yang dipercayai.

Klik Sini untuk keterangan lanjut.

Sofaz Freshmart telah menggunakan perkhidmatan kira-kira 2 bulan yang lalu dan telah menerima lebih dari 10 langganan. Pelanggan yg menggunakan perkhidmatan ini juga berpuashati.

Cuma selepas ini www.tempe.com.my perlukan 'automate' ecommerce yang lengkap untuk transaksi yang lebih cekap dan selamat.

Tuesday, June 11, 2013

Masih Banyak Perniagaan 'Online' Belum Diteroka

KUALA LUMPUR - Ramai yang bercadang mahu memulakan perniagaan secara 'online', mungkin masih ada yang teragak-agak kerana ketidakpastian potensi pasaran di negara ini.

Atau masih dikejar kebimbangan persaingan yang semakin ramai kerana perniagaan ini telah menjadi antara corak yang popular kini.

Hakikatnya bagi mereka yang mahu bergelar usahawan 'online', peluang tersebut masih luas kerana hanya 10 peratus pasaran itu diteroka setakat ini.

Ini bermakna masih ada 90 peratus pasaran untuk perniagaan 'online' boleh dipelopori untuk mereka yang berminat.

Ini diakui oleh jurulatih pemasaran perniagaan 'online' program 'Fesbuk Power', Bryan Gan yang menyatakan hanya kira-kira lima peratus dari 1.2 juta usahawan kecil negara menggunakan medium 'online' sebagai saluran perniagaan mereka.

"Daripada lima peratus ini pula tidak semuanya berjaya kerana kejayaan bergantung kepada cara dan kreativiti pemasaran masing-masing terhadap produk yang dijual kepada pengguna," katanya kepada Bernama di sini.


KUASA FACEBOOK

Bryan berkata laman sosial, Facebook, misalnya adalah medium paling berkuasa setakat ini untuk tujuan pemasaran produk kerana ia adalah laman sosial paling ramai pengguna di dunia.

Di Malaysia, daripada 13 juta pengguna Facebook, kira-kira 25 hingga 30 peratus yakin menjadi pelanggan kepada produk dijual 'online'.

"Namun jumlah ini dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa kerana rakyat negara ini semakin yakin untuk membeli secara online.

"Ia juga bergantung kepada strategi pemasaran usahawan dalam meyakinkan pengguna bahawa pembelian mereka boleh berjalan lancar dan selamat,"katanya.

Peniaga yang mahu memulakan perniagaan melalui 'online' perlu mengenalpasti terlebih dahulu produk yang dijual kemudian membuka satu akaun facebook dan mula memasarkan produk mereka.

Untuk lebih berkesan peniaga perlu membuka laman web atau blog bagi memberi lebih maklumat mengenai produk mereka.

"Jangan kecewa jika akaun gagal meraih 'like' yang tinggi kerana yang lebih penting ialah pengguna berkeinginan membeli," katanya. 


KELEBIHAN BERNIAGA 'ONLINE'

Bryan yang juga pengasas produk wangian 'Scarf Perfume' dan menjualnya secara 'online' berkata, ada banyak kelebihan berniaga secara 'online' jika usahawan tahu cara menggunakan teknologi yang ada dan strategi pemasaran yang betul.

Berbanding perniagaan biasa, perniagaan ini lebih menjimatkan kos kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan modal untuk menyewa premis atau mengupah pekerja yang ramai.

"Cukup ada alatan yang sesuai, ia boleh dijalankan dari rumah dan menjimatkan masa dan kos.

"Selain itu, usahawan boleh mengkaji pasaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan modal untuk menyediakan produk, ini boleh mengelak daripada kerugian," katanya.

Di samping itu, usahawan boleh meneroka pasaran lebih luas hanya dari hujung jari dalam masa yang singkat.

Katanya, usahawan juga tidak boleh 'lokek' mengeluarkan sedikit kos untuk tujuan pemasaran seperti pembelian iklan secara 'online' melalui laman sosial atau blog perniagaan mereka dan mengupah pereka untuk menjadikan laman perniagaan mereka lebih menarik perhatian.

"Seperti juga perniagaan biasa, perniagaan 'online' tidak lari daripada risiko seperti menjadi mangsa peniruan oleh peniaga lain.

"Di sini mutu serta keistimewaan produk menjadi faktor utama di mana pengguna akan tetap memilih produk kita di samping servis yang ditawarkan mestilah memuaskan hati pelanggan," katanya.


PENGALAMAN SEORANG USAHAWAN 'ONLINE'

Bagi Siti Natasya Roslan, 30, berhenti kerja sebagai Pegawai Komunikasi Korporat di sebuah syarikat dan menjadi usahawan 'online' tidak pernah mendatangkan kekesalan.

Manakan tidak pendapatannya sebagai pengusaha butik 'online' 'Ardini Boutique' dengan sokongan suami tercinta mendatangkan pendapatan sehingga RM50,000 sebulan.

"Memikirkan masa bersama keluarga agak terbatas kerana pekerjaan saya, maka saya mula memikirkan untuk berniaga secara 'online'.

"Saya mulakan dengan membeli fabrik kapas ela dari luar negara ketika bercuti dan mula menjual menggunakan blog pada tahun 2009," katanya.

Sambutan yang menggalakkan terhadap produk mendorong beliau membuka akaun facebook yang ketika itu mula terkenal di negara ini.

Siti Natasya mula mempromosikan produk fabriknya di akaun peribadi sebelum membuka sebuah lagi akaun untuk tujuan memperkenalkan syarikatnya Ardini Lifestyle Enterprise.

"Jualan semakin meningkat dan saya mula menempah lebih banyak fabrik kapas bermutu tinggi untuk kepuasan pelanggan.

"Sekarang ini saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan amat berterima kasih dengan perkembangan teknologi yang banyak memberi manfaat kepada mereka yang bijak menggunakannya," jelas beliau.


SASAR 300 EJEN MENJELANG 2014

Seterusnya ibu kepada dua anak lelaki, berusia lima dan tiga tahun ini, menyasarkan untuk melantik ejen untuk menjual fabrik kapasnya dalam usaha mengembangkan pasaran ke seluruh pelosok negara.

Setakat ini, syarikat beliau mempunyai 50 ejen jualan.

"Syarikat menyasarkan sehingga 300 ejen menjelang 2014 dengan pendapatan syarikat sehingga RM100,000 sebulan.

"Berdasarkan kemajuan semasa perniagaan 'online' ini saya menaruh keyakinan sasaran ini mampu dicapai,"katanya.

Bagi yang mahu memulakan perniagaan 'online' katanya, perkara pertama yang wajib dilakukan ialah membuat kajian pasaran sebelum memilih produk sesuai untuk dijual.

Selanjutnya Siti Natasya menasihatkan agar peniaga sentiasa berusaha menambah ilmu mengenai strategi pemasaran, sentiasa menjaga mutu produk dan perkhidmatan tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.

'Ardini Boutique' kini mempunyai kira-kira 5,000 pelanggan tetap dan telah mencapai lebih 12,000 'like' sejak dibuka empat tahun lepas. - Bernama

Tuesday, March 19, 2013

Tips Kejayaan Bisnes Online



10 tips atau kunci kejayaan Bisnes Online:

1. Bina kredibiliti dan jual diri bukan jual produk. Apabila orang suka dengan kita, mereka akan membeli produk kita.

2. Berkongsi ilmu tanpa syarat dan ikhlaskan hati. Banyakkan memberi  dan berkongsi  tanpa jemu dan lihat sendiri hasilnya.

3. Jika ingin berkongsi ilmu atau sesuatu idea di internet, pastikan anda berkongsi dari hati, barulah ilmu itu akan sampai kepada mereka yang membaca.

4. Banyakkan bercerita pengalaman sendiri atau orang lain kerana lumrah manusia mereka suka mendengar atau membaca cerita orang lain.

5. Sentiasa mencari kelainan dan mengikuti perkembangan semasa dan keadaan, contohnya apabila gaji, saya akan banyak berkongsi tentang tip pengurusan gaji dan sebagainya.

6. Pelbagaikan bentuk penyampaian dalam bentuk teks, animasi, cerita santai, dialog, gambar dan video.

7. Memahami keperluan pembeli dan masalah yang dihadapi mereka membantu kita dalam menentukan apa informasi yang boleh kita kongsikan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

8. Membina hubungan dan ukhwah dengan pelanggan.

9. Meletakkan testimonial dan pengakuan dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk dan servis kita sebagai bukti kita adalah penjual yang dipercayai dan disukai dalam urusan online.

10. Konsisten dalam bisnes yang dijalankan, jangan sekejap muncul dan sekejap hilang.


Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, InsyaALLAH.

Tuesday, August 21, 2012

GMBO bantu usahawan PKS



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia November lalu telah membantu 23,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara dalam meningkatkan hasil pendapatan perniagaan masing-masing.

Program ini membantu usahawan untuk memperkenalkan produk mereka melalui laman sesawang dan memulakan perniagaan dalam talian masing-masing.

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, program ini membuka peluang kepada PKS untuk terus berkembang maju dan membantu pelanggan mendapatkan informasi dengan lebih pantas.

"Jumlah tersebut akan terus meningkat dan mencapai sasaran 50,000 PKS menjelang hujung tahun ini.

Sekitar November 2011 Google Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, SKMM, .my Domain Registry dan iTrain telah melancarkan program yang dikenali sebagai Get Malaysian Business Online (GMBO) sebagai inisiatif membantu golongan peniaga yang terlibat dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia mewujudkan laman web mewakili perniagaan masing-masing.

Sebagai permulaan, 10,000 peserta terawal akan diberikan domain .com.my secara percuma selama setahun dan kos RM23.00 bagi peserta seterusnya. GMBO mensasarkan 50,000 peniaga PKS akan menyertai program tersebut. Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan golongan peniaga PKS membina laman web bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan.
Google juga bersedia untuk melabur sehingga RM10 juta sepanjang program ini selama setahun, termasuk pengiklanan Google AdWords percuma bernilai RM200.00 untuk PKS di samping penggunaan Business SiteBuilder bagi membantu pembinaan laman web perniagaan yang  mudah dan cepat.
Selain daripada itu, peserta yang terlibat akan diberikan latihan secara berterusan dan hanya perlu membayar RM23.00 bagi proses pembaharuan domain pada tahun berikutnya. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding kos biasa mendapatkan perkhidmatan domain dan hosting yang boleh mencecah angka ratusan ringgit.
Sekiranya anda pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana dan berminat, apa yang perlu dilakukan adalah melawat laman GMBO di http://www.getmybusinessonline.com.my/ dan lengkapkan butir-butir perniagaan seperti nombor lesen, nombor telefon perniagaan, dan beberapa perkara lain seperti alamat dan waktu perniagaan. Bagi PKS yang sudah memiliki laman web juga boleh menyertai program ini untuk mendapatkan khidmat latihan dari pihak GMBO di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

Tuesday, May 1, 2012

Najib Umum 42 Peluang Perniagaan Inovatif


PUTRAJAYA 19 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 42 peluang perniagaan inovatif (IBO) yang ditawarkan secara Tender Terbuka kepada komuniti perniagaan dan pelabur Malaysia.

Beliau berkata, kesemua 42 peluang yang diperkenalkan selaras dengan hasrat kerajaan memperkasa proses inovasi dalam negara itu berpotensi menjana pendapatan RM1 bilion dalam tempoh masa tertentu.

Perdana Menteri berkata, iklan mengenainya akan dimuatkan dalam semua akhbar utama pelbagai bahasa esok, dan segala maklumat juga boleh diperoleh menerusi laman web korporat Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

"Ini merupakan peringkat permulaan, selepas ini Khazanah Hak Intelek Malaysia (KHIM) akan memperluaskan lagi peluang-peluang inovasi ini, dan akan jadi pusat sehenti untuk syarikat-syarikat perniagaan mencari peluang inovasi,” kata beliau.
"Melalui cara ini syarikat-syarikat swasta kecil dan besar akan dapat peluang untuk mempelbagai perniagaan mereka dan juga untuk mereka mendahului pesaing-pesaing mereka,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keempat Majlis Tadbir Urus AIM di bangunan Perdana Putra di sini.

Perdana Menteri, berkata beliau berharap syarikat-syarikat perniagaan akan meneliti 42 pelung yang dikumpul oleh pihak universiti-universiti tempatan dan juga pusat-pusat penyelidikan dalam negara itu, yang pada pendapat AIM mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan, menjana pendapatan serta kekayaan untuk mereka yang terlibat, dan negara keseluruhannya.

Menjawab soalan mengenai sokongan kepada syarikat-syarikat yang terlibat, Najib berkata syarikat berkenaan boleh dipertimbangkan untuk mendapat sokongan dari segi pinjaman dan insentif tertentu, namun ia masih tertakluk kepada merit setiap kes.


Beliau berkata syarikat-syarikat yang berminat diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan cadangan kepada AIM, dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tadbir Urus AIM.

AIM merupakan badan berkanun, ditubuhkan oleh Parlimen pada 2010 untuk memacu aktiviti dan inisiatif inovasi dalam negara, manakala Majlis Tadbir Urus itu merupakan badan pengurusan yang bertanggungjawab memberi nasihat serta panduan kepada AIM, di mana 17 anggotanya terdiri daripada menteri-menteri kabinet dan pemimpin industri. - BERNAMA

Monday, March 12, 2012

Pasarkan Kek Secara Online



Mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan hanya menjual produk kawan-kawan dijadikan platform mengumpul modal bagi memulakan perniagaan atas talian (online). Hanya bermodalkan RM300, Zurina M Yasin yang dahulunya suri rumah, nekad memulakan perniagaan secara online walaupun masih tidak mempunyai pelanggan.


Walaupun perolehannya hanya mencecah antara RM100 hingga RM200 sebulan pada peringkat awal tetapi dia tidak patah semangat meneruskan perniagaan. Berkat kesabarannya, perniagaannya kini mampu meraih RM1,200 sebulan.


Wordpress platform promosi
Zurina berkata, bagi melancarkan perniagaannya, dia membangunkan blog Wordpress sebagai medium promosi.


“Sekiranya perniagaan dilaksanakan semakin baik dan dana pembiayaan bagi tujuan tersebut mencukupi, saya berhasrat membangunkan laman sesawang sendiri. Selain Wordpress, laman sosial Facebook turut menjadi pilihan sebagai medan mempromosikan produk kerana ia dilihat mudah dan praktikal” katanya kepada Sinar Harian.


Pemasaran terhad
Katanya, berbeza dengan perniagaan lain, pemasaran bagi kek agak terhad kerana mudah terdedah dengan kerosakan dan cepat cair. Zurina berkata, berikutan faktor itu, maka dia hanya boleh memasarkan kek coklat bersalut dan kek puding karamel di sekitar Lembah Klang sahaja.


“Berbeza dengan serunding dan coklat yang mudah dipasarkan kerana pembungkusan digunakan dapat mengekalkan kualiti kedua produk itu sehingga diterima pelanggan. Sehingga kini, serunding dan coklat mampu menembusi pasaran Kelantan, Pulau Pinang dan Johor baik,” katanya.



Dia kata, penghantaran dilakukan dengan kaedah pos bergantung pada produk ditempah. Caj tambahan dikenakan bagi pelanggan sekitar Lembah Klang antara RM5 hingga RM15. Selain itu, bagi pelanggan berhampiran, dia akan menghantar terus ke destinasi tempahan.

Wednesday, February 15, 2012

Al-Quran Terjemahan Per Kata


Kini anda boleh membeli secara ONLINE saja tanpa perlu bersusah payah mencari di kedai buku Muslim atau merayau seharian di jalan masjid india lagi.. sungguh mudah.

Klik link ini untuk menempah. Insya-Allah Quran per kata ini akan sampai ke depan pintu rumah anda 3-4 hari selepas tempahan.

Memang tak rugi melabur untuk AKHIRAT dan banyak hikmah dan rahmat bila kita berdampingan dengan al-Quran.

Jika anda membeli menggunakan link ini, anda akan menerima hadiah dari penaja. Menarik dan amat berguna.

Semoga memberi manfaat dan peluang pendapatan sampingan untuk anda juga.

"Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."


Itulah ayat yang menjadi penguat azam dan keazaman untuk lebih mendalami al-Quran.

Apatah lagi apabila kita berada di bumi arab terutama di Madinah dan Mekah mengerjakan ibadat Umrah atau Haji. Terasa diri ini amat kerdil dan rugi kerana tidak memahami apa yang dibaca samada sewaktu solat ataupun berdoa.

Seorang rakan telah memperkenalkan saya kepada bahan ini yang sampai sekarang menjadi rujukan dan teman sepanjang masa.


PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an 
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.


TESTIMONI

"Ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Qur'an"
(Dr.Hidayat Nur Wahid)
"Tafsir Qur'an per Kata adalah cara cepat belajar memahami Al Qur'an"
(Dr. Ahzami Samiun Jazuli, Pensyarah Bidang Tafsir)


 "Tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami Al Qur'an"
(DR.Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir)

Tafsir Qur'an Per Kata merupakan sebuah tafsir yang 
wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca al-qur'an.
(Ustadz Ahmad Kusyairi Suhail)

Baru 
pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-qur'an.
(Dr. Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir, Pakistan)


Thursday, January 5, 2012

Green Apple Tawar Pelbagai Gajet


Hanya bermodalkan RM2,000, tanpa sebarang bantuan kewangan dan pe­ngalaman, tidak menjadi penghalang kepada seorang pendidik menjalankan pernia­gaan secara atas talian.

Pasaran penjualan gajet dalam negara kita yang semakin meningkat mendorong Nursazrena Idazi Zainal Abidin, 26, memilih produk tersebut bagi menjana pendapatan sampingan.

Berbeza dengan individu lain, dia yang lebih mesra disapa sebagai Reen ketika ditemu bual berkata, kewujudan pelbagai jenis gajet dalam pasaran tempatan bahkan antarabangsa bukan sahaja menjadi platform memanfaatkan pengguna, tetapi membuka peluang kepada umum menambah pendapatan.

Menyedari hakikat itu, Reen menjadikan sumber perniagaan atas talian sebagai platform mencari rezeki walaupun sudah mempu­nyai pekerjaan yang stabil. Wartawan Nurainn Azhar menyingkap pengalaman dan cabaran yang ditempuhinya sepanjang menjalankan pernigaan menerusi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama Green Apple.

Tempahan permulaan mencecah 15 unit



Green Apple dipilih kerana mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri, secara tidak langsung nama itu mampu menarik perhatian umum setiap kali mereka melayari Facebook.

Tidak mudah bagi pendatang baru sepertinya menjual produk secara alam maya, ia jelas terbukti apabila pencapaian jualan bagi tiga bulan pertama mencecah 15 unit.

Reen berkata, pelbagai inisiatif dan mekanisme dilakukan bagi menstabilkan perniagaan. Berkat kesabarannya selepas tiga bulan, jumlah jualan setiap bulan mampu mencecah sehingga 50 unit.

“Pelbagai barangan ditawarkan kepada pelanggan termasuk Tablet PC berjenama Huawei Ideos, ZTE Light, Jeftech, Flytouch dan Netpad, MP3, Speaker Pillow serta Wifi booster.

“Pelanggan boleh melayari Fecebook untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk baru yang dijual, malah kaedah komunikasi juga digunakan dengan cara sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya selain Facebook, laman sesawang mydeal.com.my juga menjadi taruhannya untuk menguar-uarkan produk.


Gajet produk bermusim

Menurut Reen, melihat kepada kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi, perkembangan serta pengelua­ran gajet baru berlaku de­ngan pantas dan ia boleh digelar sebagai produk bermusim.

“Tidak dinafikan, setiap jenis gajet dijual mempunyai jangka hayat tersendiri dan pastinya dalam masa enam bulan terdapat pelancaran produk baru daripada syarikat telekomunikasi.

“Risiko yang terpaksa dihadapi termasuk apabila produk sedia ada masih belum habis dijual. Tetapi selama setahun menceburkan diri dalam bidang ini, saya tidak pernah mengalami masalah tersebut,” katanya.

Reen berkata, pengambilan stok gajet itu melibatkan pembekal tempatan dan antarabangsa bergantung kepada produk diinginkan. Sebagai contoh, tambahan stok bagi Tablet PC ditempah sebanyak 50 unit bagi memudahkan pelanggan membelinya pada bila-bila masa.

Menurutnya, selain promosi, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah lebih rendah berbanding kedai alat telekomunikasi lain berdasarkan strategi pemasaran bagi mengatasi krisis pengurusan antara pesaing lain.



Hantar guna pos laju

Reen berkata, Tablet PC, Speaker Pillow dan MP3 menjadi produk pilihan kebanyakan pelanggan. Setiap produk dibeli mempunyai jaminan mengikut kesesuaian, malah pelanggan boleh memulangkan semula barang itu sekiranya terdapat kerosakan ketika menerimanya.

“Caj penghantaran me­lalui pos laju akan dikenakan kepada pelanggan berdasarkan berat produk. Setiap satu kilogram dan ke atas dikenakan sebanyak RM10 kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Sebagai tanda penghargaan, pada musim perayaan kami akan menawarkan promosi kepada pelanggan tanpa dikenakan caj penghantaran,” katanya.

Menurutnya, bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia, produk akan diterima sehari selepas penghantaran dilakukan sebaliknya dua hingga tiga hari untuk tempahan pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Perolehan cecah RM5,000 sebulan

Menurut Reen, selama setahun menjalankan perniagaan gajet, penerimaan orang ramai memberang­sangkan malah permintaannya semakin meningkat terutama dalam kalangan belia walaupun modelnya sentiasa berubah dari masa ke masa.

Katanya, dia menjadi peniaga pertama yang menjual produk Speaker Pillow di Malaysia. Sehingga kini, dianggarkan sebanyak 100 unit produk dijual setiap bulan dengan purata perolehan pula mencecah RM5,000.
“Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, malah ada antara mereka menjadi sumber inspirasi bagi menampilkan produk baru serta lain daripada lain.

“Sesetengah pelanggan memberi idea mengenai produk baru. Saya akan cuba mencarinya melalui pembekal dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.



Tidak pernah ditipu
 
Reen berkata, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi, kesukaran paling besar adalah kekurangan modal sehingga terpaksa menggunakan wang perbelanjaan sendiri berikutan permintaan terlalu tinggi.
Menurutnya, walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana sepanjang menjalankan perniagaan itu dia masih belum pernah ditipu pembekal atau pelanggan dan sehingga kini sentiasa mengamalkan sikap berwaspada.

“Perancangan yang diimpikan dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang pastinya ingin membuka sebuah kedai gajet bagi memudahkan pelanggan melihat sendiri setiap produk ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Friday, December 9, 2011

Karipap Masuk Internet


Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad, 41.

Sebagai salah seorang daripada kajian kes projek GMBO, wanita ini mengakui nasibnya amat baik apabila dilamar oleh pihak berkenaan yang ketika itu mencari usahawan PKS sepertinya.

''Inilah yang diinginkan saya selepas menceburi bidang membuat karipap dingin beku secara serius sejak lima bulan lalu. Sebelum ini sata menghadapi masalah membuat laman web sendiri kerana tidak faham dengan teknik dan caranya,'' katanya.

Kini Aziana boleh berbangga kerana telah mempunyai laman web sendiri iaitu byhandbyheart.com.my atas jenama Puteri Puff & Pastry.

Jelas Aziana, beliau berpuas hati kerana dengan adanya laman web sendiri produknya kini mendapat promosi lebih meluas melalui Internet.

Bukan sahaja karipapnya kini semakin dikenali di seluruh dunia malah berpeluang berkongsi pelbagai maklumat dengan mereka yang mengirim emel kepadanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini dia hanya menerima tempahan dari pelanggannya di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

''Saya memang penggemar karipap semenjak kecil dan segala ramuan untuk membuat inti dan kulit karipap diwarisi dari ibu,'' katanya ketika ditemui di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, disebabkan matlamat untuk menghasilkan karipap yang berkualiti selain halal dan bersih maka sehingga kini dalam tempoh lima bulan dia telah empat kali melakukan percubaan membuat kulit yang diyakini paling terbaik.

''Selain kulitnya yang tidak berminyak, karipap yang dihasilkan juga bebas daripada bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) dan bahan pengawet,'' kata Aziana.

Menurut beliau, setakat ini dia mampu menghasilkan karipap lebih kurang 400 biji sahaja sehari kerana masih terhad dari segi pembantu dan peralatan.

Jelas ibu kepada dua anak itu, selain karipap dia juga turut membuat vadei, donut, samosa, kek coklat lembab dan yang akan datang ialah lassagna.

Thursday, May 26, 2011

My Blog Is Also Paying My Bills



Casting the digital equivalent of a message-in-a-bottle into the Internet’s vast sea of content, many people start Web sites or blogs hoping that they will find an appreciative audience for their precocious parrot videos, cupcake recipes or pithy commentary on everyday life. The dream, of course, is that they will develop a large and loyal following — and potentially profit from it.
While most of these self-publishers don’t attract the attention of anyone other than indulgent family and friends, there are those who find wider recognition and some income. What the successful have in common is a passion for their subject and a near-compulsion to share what they know. Advertising, merchandising, offline events, book deals, donations and sometimes sheer luck also play a part.
“My advice is to choose a topic you’ll never get tired of,” said Stephanie Nelson, 47, of Atlanta, a homemaker who founded CouponMom.com in 2001 to share tips on saving money by using coupons. “The first three years I made no money at all, so I had to love what I was doing to keep going.”
Ms. Nelson said her Web site now has more than 3.8 million visitors a month, and the income it generates supports her family of four — allowing her husband to retire early from his corporate job five years ago. “I’m still not tired of it,” Ms. Nelson said.
Half of the site’s revenue comes from Google’s AdSense service, and the other half is from companies like Groupon and LivingSocial that buy ads directly from her. AdSense generates text ads based on the words that appear on Web pages. For example, if a blog post is about dogs, ads for dog food or dog grooming might appear beside it.
Many of the Google ads generate income only if people click on them — usually yielding a fraction of a cent per click. It’s also possible to get paid every time a Google ad appears on a page. Rates are determined in part by advertisers bidding in an online auction.
Other companies like BuySellAds.com and BlogAds allow self-publishers to determine what they want to charge for placing an ad on their sites. They then match sites with eager advertisers for a percentage of ad sales — 14 to 30 percent is typical.
Federated Media, which is a sort of Web talent management company, is more selective, negotiating rates on behalf of independent content creators it agrees to represent. In general, online ad rates vary widely, from $54,000 a day for an ad on a popular blog like PerezHilton.com to $10 a month for an ad on the cartoon blogThe Soxaholix. (The New York Times Company is an investor in Federated Media.)
Clayton Dunn, 32, and Zach Patton, 31, the bloggers behind The Bitten Word, make around $350 a month from pay-per-click Google ads, and in commissions from Amazon.com when readers follow links to cooking gadgets, books and magazine subscriptions they recommend. Mr. Dunn and Mr. Patton, who live in Washington and blog about recipes they have tried from popular magazines, started the site in 2008 and now have about 150,000 visitors a month.
“It more than pays for the groceries,” said Mr. Dunn, who added that they are further compensated by readers who may give them delicacies like fresh avocados and Hawaiian ginger syrup.
For those who want to generate more income through advertising, Jonathan Accarrino of Hoboken, N.J., founder of the technology news and how-to blog MethodShop.com, advises having contextual ads, which are highlighted words in posts that provide a link to the vendor of a relevant product or service. A commission is paid on resulting sales.
Adding video to a post is another strategy that Mr. Accarrino said contributes to his blog’s six-figure yearly income: “I’ll record video walk-throughs of my tutorials and upload them to Blip.tv,” a video sharing service similar to YouTube. And like YouTube, Blip.tv gives users the option to run ads with their videos. These generate $1 to $10 for every thousand views, depending on the advertiser.
Indeed, many video bloggers, or vloggers, make money this way. Sheila Ada-Renea Hollins-Jackson, a 22-year-old makeup artist in Farmington, Mich., makes up to $200 a month from the 63 videos about beauty treatments she has posted on YouTube since 2008. “It pays my cellphone bill,” she said. Vloggers either apply or are invited by YouTube to display ads based on demonstrated viewership or outstanding content.
Selling merchandise on a vlog, blog or personal Web site can bring in even more cash. Darren Kitchen, 28, of San Francisco said he makes $5,000 a month selling stickers, T-shirts, baseball caps and computer hacking tools on his Web site, Hak5.org, which offers a weekly video show about computer hacking.
“It’s crazy how many people want the stickers,” said Mr. Kitchen, who started Hak5 in 2005 and says he has 250,000 monthly viewers.
Book deals are the ultimate goal for many bloggers who are aspiring writers. Molly Wizenberg, 32, of Seattle, started her blog, Orangette, in 2004 as a way to hone her writing skills after dropping out of a Ph.D. program in anthropology.
Her musings about food and life attracted 350,000 visitors a month and the attention of Simon & Schuster, which led to the publication last year of her book, “A Homemade Life: Stories and Recipes From My Kitchen Table.” Last month she signed a contract to write another book. “It’s beyond what I ever imagined,” Ms. Wizenberg said.
Some people simply ask their fans and followers to make donations to support their creative efforts. Kelly DeLay of Frisco, Tex., said he gets $200 to $400 a month from visitors to his Web site, The Clouds 365 Project, where he posts a daily photograph of cloud formations. “People can be very generous,” said Mr. DeLay, who began taking pictures of clouds after he was laid off from his job as an interactive media director in 2009.
Charging for content is also an option. Collis Ta’eed, 31, of Melbourne, Australia, foundedFreelanceSwitch.com, which gives practical advice to freelancers, and Tuts+, which offers technology-related tutorials. He said he brought in $150,000 a month from his sites, most of it from premium content — primarily tutorials and e-books.
“People will pay for content if you offer them something of value that is authentic and is generally useful,” said Mr. Ta’eed, who said his two blogs together have 6.4 million visitors a month. One example of useful content is FreelanceSwitch’s job board, which brings in $7,000 a month, he said. Job posters pay nothing; job seekers pay $9 a month.
And sometimes people will pay to attend events organized by bloggers they admire.   Steve Pavlina of Las Vegas said he made $40,000 from weekend workshops that were an outgrowth of his blog, StevePavlina.com, which focuses on issues related to personal development. He started the blog in 2004 and says it has 2.5 million visitors a month. Besides workshops, he said he made about $100,000 a month in commissions from sales of products like speed-reading courses and high-speed blenders that he recommends on his blog.
“I tell people if they want to start a blog just to make money, they should quit right now,” Mr. Pavlina said. “You have to love it and be passionate about your topic.”
Related Posts with Thumbnails
 
Share |