Sunday, February 8, 2009

Downline oh Downline


Salam,

Sebelum saya mulakan, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan semua kerana berani menyertai ejen prepaid melalui SMS dengan Sri Merang.

Saya banyak menerima email dari downline atau ahli baru Sri Merang bertanyakan macamana nak daftarkan "DOWNLINE".... Saya cuma jawab, dulu awak daftar macamana? Sama saja caranya.

Perlu diingat, seperti entri saya sebelumnya, ahli baru hendaklah menaiktaraf dirinya menjadi VIP sebelum menaja orang lain. Kalau ahli biasa, dia cuma boleh guna untuk diri sendiri sahaja.

Untuk penjelasan lanjut, saya perturunkan beberapa langkah mudah untuk panduan bersama.

Syarat pertama :
ANDA MESTILAH TELAH 'UPGRADE MENJADI AHLI VIP DAHULU. Bayaran RM50 untuk jadi "WAKIL JUALAN" atau RM300 untuk jadi "PEMBORONG". Setelah mendapat pengesahan dari Server Sri Merang, anda sudah boleh menaja DONLINE. Mudah kan.

Cara 1 :- klik di bahagian 'Daftar Ahli Baru'. Masukkan semua data yang diperlukan. Kemudian follow-up untuk pastikan DOWNLINE membayar keahlian VIP.



Cara 2 :- SMS ke Server Sri Merang.

Taip ; username downline baru no. telefon downline username anda dan hantar ke Server 013-900 1080

Contoh : downline 0191234567 pakuteh ke 013-900 1080

*** Anda akan diberitahu melalui emel jika ada ahli baru mendaftar menjadi downline anda. Oleh itu penting juga jika anda rajin mengiklankan di internet dan mendapat downline dengan cara online.

Klik 'ArahanSMS' jika nak tahu bagaimana menaip arahan yang betul. Setiap transaksi hendaklah dikemaskini melalui SMS kepada Server. Ini untuk mengelakkan sistem dapat mengemaskini komisen, top-up, baki dan berita semasa.

Anda juga boleh menghubungi hotline : 014-810 8000 untuk bantuan operator. Oleh kerana syarikat ini berpengkalan di Terengganu, mungkin dialek dioaran lain sikit. Tapi semua operator tu mesra pelanggan dan sedia membantu. Perlu diingat juga, orang Terengganu bercuti pada hari Jumaat tau. Apa-apa hal boleh berhubung pada hari-hari selain hari Jumaat ya.

Ingatan saya pada semua, bila dah mendapat sedikit keuntungan jangan pula kita lupa untuk bersedekah. Semoga rezeki yang kita terima diberkati dan melimpah ruah nanti.

-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |