Wednesday, January 20, 2010

Apa beza Bisnes Topup Prepaid & BulkSMS


Salam,

Ramai orang bertanya bolehkan kita menjual tambah-nilai (topup) prepaid mengguna SMS sahaja. Jawapannya = YA.

Jika dilihat trend masakini, kedai telefon juga menyediakan sistem topup mengguna SMS. Sudah jarang kita nampak orang membeli topup secara manual (guna kad topup) lagi. Ini sebenarnya revolusi dan inovasi terkini yang mudah dan 'mobile'. Boleh dibuat dimana sahaja dan cepat.

Penyedia khidmat topup tak perlu membawa kad topup banyak-banyak untuk dijual. Kebarangkalian untuk hilang atau dicuri adalah besar. Maka, ramai orang memilih untuk menjual topup secara SMS sahaja. Bukan itu saja, kita memerlukan modal yang agak besar juga untuk membeli kad topup tersebut.

Keuntungan ?? sama sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa bisnes topup tidak membawa pulangan yang besar kecuali beliau ada rangkaian pelanggan yang besar.

Banyak syarikat telah ujud dalam menyediakan platform SMS topup untuk para pelanggan dan ejen. Walaupun margin keuntungan yang kecil, tetapi faktor kemudahan dan mobiliti telah menarik ramai orang menceburinya.

Oleh itu, rajin-rajin la buka forum yang berkaitan dan belajar dahulu.

Berkenaan perniagaan Bulk SMS, mungkin ramai yang belum benar-benar faham lagi. Ada 2 kategori bulk SMS.

1. Satu hala

SMS 1 hala bermaksud; seseorang menghantar SMS sekaligus untuk mempromosi perniagaan, ucap selamat dan sebagainya kepada sekumpulan orang/penerima.

Dengan cara ini, penerima SMS hanya boleh membaca tetapi tidak boleh membalasnya. Semua kos SMS tersebut akan ditanggung oleh penghantar.

2. Dua hala

Dalam kes ini, anda tentu biasa menerima SMS berbentuk samada undian, peraduan atau Call Me Tone (CMT) dari orang yang anda tidak kenali. Apabila anda membalas SMS tersebut, maka anda akan dikenakan bayaran dari 30sen hingga RM3 untuk servis yang dipilih.

Penghantar akan mendapat untung dari aktiviti ini selepas ditolak caj oleh syarikat telekomunikasi.

Kepada peniaga online yang baru berjinak-jinak atau mahu memperluaskan rangkaian anda, sistem SMS 1 hala amatlah digalakkan. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan menjadi lebih setia dan mendapat informasi terkini terhadap apa yang anda jual.

Anda juga boleh mengucapkan ucapan selamat kepada pelanggan atau teman-teman sekaligus tanpa perlu menaip setiap satu untuk setiap orang. Anda jimat masa dan tenaga.

Kedua-dua sistem ini jika anda beli, akan diberi pakej aplikasi website untuk anda menaip, mengisi contact anda dan sebagainya.

p/s : berikan pendapat anda dan jika ada soalan sila emel ke : mailto:azmig@live.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |