Tuesday, February 9, 2010

Bisnes Internet Lebih Menguntungkan ?


Salam,

Dalam entri kedua dalam blog ini, saya cuba merungkaikan pengetahuan saya yang sedikit ini berkenaan bisnes internet (IM) atau 'online business' yang saya tahu dan sertai.

IM jika kita terbaca atau terserempak dengan iklan yang kita terima samada melalui emel atau SMS atau akhbar memang sangat mengujakan bila membayangkan unjuran pendapatan yang bakal diperolehi kemudian.

Setelah mendaftar menjadi ahli, tunggu punya tunggu, habuk pun tak ada.

Menyertai 'affiliate program' memang sangat mudah tetapi boleh ke dapat duit seperti yang diiklankan ? Kepada yang dah mengalaminya, tepuk dada tanya selera. Mungkin juga ramai yang akan kata :

"tak berbaloi langsung"

"Dah 3 bulan letak kat blog, seringgit pun belum dapat"

"Ada ke orang tengok blog aku ni dan klik kat iklan tu?"

Itu senario biasa bagi kita yang masih baru dalam bidang ini terutamanya bagi yang buat secara separuh masa. Sebenarnya, banyak tips-tips yang perlu dipelajari sebelum kita boleh mahir dalam bidang ini. Elok juga anda semua join forum-forum yang membincangkan IM secara mendalam seperti "carigold" "jombincang" "wangcyber" dan "bicara jutawan". Baca semua posting dan teliti cara mereka yang telah berjaya.
Apabila kita ceburi bidang 'affiliate' atau mengiklankan produk orang lain dan kita mendapat komisen dari jualan atau apa jua caranya, nampak mudah dan hanya perlu tunggu.

Saya bukan kata saya boleh kaya dengan cara IM ini, tetapi untuk bayar duit bil utiliti tiap-tiap bulan dah mencukupi untuk part-timer macam saya. Antara IM yang saya pernah sertai ialah jual ebook, nuffnang, mudah.my dan banyak lagi. Tak perlu menjual, cari downline dan mantain belian.

Jika kena caranya, memang boleh dapat side-income percuma.Yang penting, belajar dan terus belajar.

Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |