Tuesday, February 9, 2010

Dua Beranak Tak Mengaku Perdaya 93 Pelabur RM1j


KUALA LUMPUR: Seorang pengarah eksekutif Syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd dan anak lelaki yang juga pengarah syarikat terbabit, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang terhadap tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan 93 pelabur lebih RM1 juta.

Kedua-dua mereka, Teow Wooi Huat, 44, dan anaknya, Teow Chee Chow, 21, didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di syarikat terbabit di Pandan Indah antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009. Dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan niat menipu dan memperdayakan 93 orang untuk membuat pelaburan dalam program ‘Island Red Cafe’ dan pelabur itu sudah membayar sebanyak RM1,040,400 kepada syarikat terbabit. Anak-beranak itu juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965, dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang membawa hukuman denda RM30,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kedua-dua mereka juga menghadapi pertuduhan kedua dengan didakwa sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) Akta Syarikat 1965, iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang RM21,320,100 ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan memasuki program ‘Island Red Cafe’ untuk tempoh lima tahun.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan. Anak-beranak itu turut menghadapi pertuduhan ketiga iaitu menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat melalui satu program yang dikenali sebagai ‘Program Island Red Cafe’, walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual-beli saham.


Noradidah menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan bagi membolehkan mereka melantik peguam. - Bernama

-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |