Tuesday, February 9, 2010

KDNK naik jika ramai guna jalur lebar


PUTRAJAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu meningkat 1.3 peratus bagi setiap 10 peratus kadar penembusan jalur lebar di negara ini.

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapannya sempena mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) bagi MSC Malaysia, di sini hari ini.

"Angka itu berdasarkan kajian Bank Dunia dan Malaysia memandang serius pembangunannya di negara ini," katanya.

Menurut beliau, salah satu penyelesaian terbaik untuk mendapatkan akses meluas termasuk kawasan di luar bandar ialah menerusi rangkaian 4G yang mantap.

"Rangkaian 4G jauh lebih baik daripada penggunaan talian gentian optik bagi akses di luar bandar," katanya lagi.

Sumber - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |