Tuesday, February 9, 2010

Pendakwaan SKM Ke Atas Bekas Anggota Lembaga KOPEDIK


Kenyataan Akhbar SKM:

Mengenai Pendakwaan Ke Atas Bekas Anggota Lembaga
Koperasi Dinamik Malaysia Berhad (KOPEDIK) Oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Pada awal Mei 2008, berikutan aduan yang diterima daripada pelabur, SKM telah menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akta Koperasi 1993 ke atas Koperasi Dinamik Malaysia Berhad (KOPEDIK). Hasil pemeriksaan tersebut, aktiviti koperasi telah diberhentikan dan pendaftaran koperasi dibatalkan pada 29 Jun 2009.

Pada 28 Januari 2010, SKM telah membuat pendakwaan terhadap sembilan (9) orang Anggota Lembaga Koperasi atas tuduhan mengambil pinjaman daripada 16 orang yang bukan anggota KOPEDIK berjumlah RM255,000 tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan kehendak seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993 yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 91(1)(a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) Akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda sebanyak RM100,000.00 dan dalam kesalahan berterusan boleh didenda harian sebanyak RM100.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan tersebut di buat di Mahkamah Sesyen 4, Kota Bharu, Kelantan dan sebutan kes akan dibuat pada 3 Mac 2010.

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |