Tuesday, April 6, 2010

Pos Malaysia & P1 Jalin Kerjasama Strategik


POS Malaysia Berhad (PMB) dan Packet One Networks Sdn Bhd (P1), syarikat penyedia jalur lebar 4 gigabit Wimax, menjalin kerjasama strategik bagi membolehkan pelanggan baru dan sedia ada PI membayar bil, mendaftar akaun pasca bayar dan menambah akaun prabayar di semua cawangan PMB seluruh negara.

Kerjasama itu bukan saja membolehkan pelanggan pasca bayar P1 membayar bil bulanan dan mendaftar akaun baru, malah membeli kredit nilai tambah bagi prabayar P1 W1GGY di lebih 700 cawangan PMB seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai, berkata kerjasama dengan PMB adalah perkongsian strategik kerana memudahkan akses P1 kepada pengguna kerana masyarakat masih menggunakan pelbagai perkhidmatan ditawarkan PMB menerusi rangkaian cawangannya yang meluas.

Asas pelanggan PI ialah 139,000 orang pada akhir tahun lalu.

“Sebagai sebahagian kerjasama ini, PMB akan menerima pembayaran bil secara tunai untuk pelanggan pasca bayar P1 Wimax dengan mereka hanya perlu membawa bil ke mana-mana cawangan PMB.

“PMB akan memproses pembayaran itu dan ia akan tertera dalam sistem bil dan pembayaran P1 di bawah akaun layan diri pelanggan pada keesokan hari,” katanya pada sidang media selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan PMB di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |