Sunday, April 10, 2011

Beli Kasut, Pakaian Secara Online Paling Tinggi



KUALA LUMPUR - Kecenderungan terhadap fesyen dan kembara mendorong pengguna Internet di Malaysia membeli-belah di pelbagai laman web antarabangsa di samping pakaian dan kasut menjadi item pembelian paling popular dalam talian pada masa ini.
Menurut kaji selidik Pengguna eCommerce Visa 2010 yang dijalankan pada suku ketiga tahun lepas dan melibatkan sebanyak 558 pengguna Internet di Malaysia, lebih satu pertiga daripada kumpulan berkenaan telah membeli-belah di laman web luar negara dalam tempoh 12 bulan yang lepas.
Pakaian dan kasut (23 peratus) merupakan barangan pembelian yang paling popular diikuti dengan tiket kapal terbang (21 peratus), buku (20 peratus) dan penginapan pelancongan (19 peratus).
Pengurus Negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, berdasarkan kaji selidik tersebut, responden memilih laman web antarabangsa kerana ia menawarkan barangan atau perkhidmatan yang mereka inginkan di samping menawarkan harga yang rendah manakala sebaliknya di laman web tempatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |