Tuesday, August 21, 2012

GMBO bantu usahawan PKS



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia November lalu telah membantu 23,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara dalam meningkatkan hasil pendapatan perniagaan masing-masing.

Program ini membantu usahawan untuk memperkenalkan produk mereka melalui laman sesawang dan memulakan perniagaan dalam talian masing-masing.

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, program ini membuka peluang kepada PKS untuk terus berkembang maju dan membantu pelanggan mendapatkan informasi dengan lebih pantas.

"Jumlah tersebut akan terus meningkat dan mencapai sasaran 50,000 PKS menjelang hujung tahun ini.

Sekitar November 2011 Google Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, SKMM, .my Domain Registry dan iTrain telah melancarkan program yang dikenali sebagai Get Malaysian Business Online (GMBO) sebagai inisiatif membantu golongan peniaga yang terlibat dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia mewujudkan laman web mewakili perniagaan masing-masing.

Sebagai permulaan, 10,000 peserta terawal akan diberikan domain .com.my secara percuma selama setahun dan kos RM23.00 bagi peserta seterusnya. GMBO mensasarkan 50,000 peniaga PKS akan menyertai program tersebut. Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan golongan peniaga PKS membina laman web bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan.
Google juga bersedia untuk melabur sehingga RM10 juta sepanjang program ini selama setahun, termasuk pengiklanan Google AdWords percuma bernilai RM200.00 untuk PKS di samping penggunaan Business SiteBuilder bagi membantu pembinaan laman web perniagaan yang  mudah dan cepat.
Selain daripada itu, peserta yang terlibat akan diberikan latihan secara berterusan dan hanya perlu membayar RM23.00 bagi proses pembaharuan domain pada tahun berikutnya. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding kos biasa mendapatkan perkhidmatan domain dan hosting yang boleh mencecah angka ratusan ringgit.
Sekiranya anda pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana dan berminat, apa yang perlu dilakukan adalah melawat laman GMBO di http://www.getmybusinessonline.com.my/ dan lengkapkan butir-butir perniagaan seperti nombor lesen, nombor telefon perniagaan, dan beberapa perkara lain seperti alamat dan waktu perniagaan. Bagi PKS yang sudah memiliki laman web juga boleh menyertai program ini untuk mendapatkan khidmat latihan dari pihak GMBO di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Share |